Tuesday 27 August 2013

Bab 1 part 2

assalamualaikum!!
okay ni sambungan dari bab 1 yang que ad post dulu dulu dulu tu..hihi yang sebenarny malas nak post mengenai ape yg que create tu..but ni que share jugaklah sikit demi tak menghampakan korg korg semua :)

Usai solat subuh pagi itu, tiba-tiba dia teringat sebentar tadi telefon bimbitnya ada berbunyi menandakan ada pesanan yang masuk. Segera Ayra Qhalissa mendapatkan telefon bimbitnya yang terletak di atas meja sisi. Melihatkan nama pengirim membuatkan hatinya berlagu riang. Entah mengapa dia merasa begitu terhadap Encik Shahir. Padahal sebelum ini dia sangat anti dengan lelaki itu.
+Assalam, dah bgun? Jom teman saya jog. Jogging tepi pantai pagi-pagi best tau. Begitulah pesanan yang diterima dari ketuanya itu.
-W’salam,maaflh En Shahir saya tak bawa kasut sukan. Lagipun rasa malas pula nak keluar pagi-pagi ni.
+Alaa.. tak bestlah jogging sorang-sorang. Tak pe lah next time kita jogging sama-sama ye? Hampa Shahir saat dia membaca balasan pesanan yang dihantar oleh Ayra Qhalissa. Ternyata ajakannya tak berjaya untuk menemukannya dengan gadis manis itu.
Ayra Qhaliss hanya memandang sepi saja pada pesanan yang baru diterimanya. Tidak tahu mahu membalas apa. Tambahan pula, dia masih berfikir mengenai perubahan mendadak yang berlaku pada ketuanya itu. ‘Takkan factor usia kot? Dia tua 4 tahun je dari aku.’ Dia bermonolog sendiri. Masih mencari jawapan kepada soalannya yang semakin hari semakin memberat di kepala. Jika boleh digambarkan, mungkin sebuah tanda soal yang besar sudah terpapar di wajah manis itu saat Tengku Shahir Qayyum mula berubah watak.

Sunday 18 August 2013

Raya 2013

assalamualaikumn!!

rasanya belum terlambat lagi untuk que ucapkan selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir & batin :D
sorry lambat wish..que lupa sangat pasal blog ni masa cuti raya hari tu..hewhewhew plus dalam mood raya lagi jadi semua benda tertangguh sb nak beraya punya pasal..lalala~

so..macam mana raya tahun ni?? best?? tak best?? happy?? sedih?? kalau nak bercerita pasal que punya raya tahun ni takde lah best mana sb  mula plan satu family pakai warna turquoise(lantaklah ejaan dy) tapi last minit tuka jadi wane putih :'( sedih kot..huhuhu





 ni masa first day raya..dari atas tu que dengan ibu tersayang and yg last ni auntie dengan ibu..













ni pulak sepanjang hari raya kedua.. :D

















okay yg ni pulak sepanjang raya ke 3..masa ni ibu tersayang ajak balik kampung tok abah(ayah ibu)

stakat ni jelah gambar raya que..kalau nak letak semua..rasany korg pun tak sanggup nak tengok..haha banyak sangat :D

may Allah SWT bless us abundantly <3


Friday 2 August 2013

How To Follow

assalamualaikum!!

entry kali ni tak panjang pun..tak de rasa nak membebel pulak malam ni..huhu btw tadi que ad post cerita yg que sendiri create..actually dah setahun jugaklah que create tapi masa tu tak terfikir pulak nak serious..lpas mummy a.k.a lecturer a.k.a mentor que iaitu Madam Zarmila cakap "kalau kita nakkan sesuatu kita akan work hard for it" jadi que pun mula tulis balik cerita tu..plus mummy pun ad jugak create story..huhu korg boleh follow blog mummy  fromzarmilamind.blogspot.com but yg que post ni yg paling latest..not really my experience but I try to feel what people out there feel when "the unpredictable things" happen..so que harap korang enjoy baca..ni baru bab 1..bab yg seterusnya dalam proses

okay back to topic yg sebenar..kalau korg yg perasan blog que ni susah sikit org nak folow..so ni cara dy..


okay kat korg punya dashboard tu ad kan benda alah tu..jadi kalau nak follow blog que korg just tekan ADD then korg copy link blog que qurratulpunyacherita.blogspot.com 

okay hope korg enjoy dengan membaca ye?? :D

may Allah SWT bless us abundantly <3

Bab 1

Suasana pagi di resort yang didiaminya itu dirasakan berbeza sekali. Dia membiarkan angin pagi bertiup menyapa wajahnya. Tidak pernah seumur hidupnya terfikir akan menginap di resort yang mewah seperti itu. Setakat pegawai bawahan macam dia mana mampu untuk menginap di resort yang harganya mencecah RM700 satu malam. Harga bilik itu sama dengan jumlah perbelanjaannya selama sebulan. Lebih baik duit sebanyak itu disimpan atau paling tidak pun bagi adik-adik buat belanja di universiti. Zaman sekarang ni semua perkara memerlukan duit.
“Buat apa tu? Jauh termenung, teringatkan boyfriend ke?” sapa satu suara yang tidak asing lagi dipendengaran gadis manis itu. Lalu dia menoleh ke belakang untuk memastikan tekaannya tepat.
“Waalaikumussalam, kalau teringat pun kenapa? Ada masalah dengan Encik Shahir ke?” balas gadis itu tanpa rasa takut pada majikannya itu. ‘Encik Shahir ni memang tak boleh tengok aku senang. Ada je dia kat mana aku pergi.’ Kata-kata itu hanya mampu dituturkannya di dalam hati. Tidak berani untuk meluahkan kepada ketua juga merangkap majikannya itu.
Erkk.. tak ada masalah pun. Saja tanya, mana tahu kut teringat ke?” balas lelaki itu sambil tersenyum menampakkan kedua-dua lesung pipitnya serta gigi yang tersusun rapi.
Gadis itu terus melangkah tanpa menghiraukan kata-kata majikannya itu. Langkah kaki diatur tanpa tahu arah tujuan. Akhirnya, dia memutuskan untuk pulang ke bilik. ‘Lebih baik aku pulang saja ke bilik. Sudah tentu-tentulah Encik Shahir tak kacau.’ Bisiknya dalam hati.
Sesampainya di hadapan pintu bilik, telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk. Lantas dia menjawab panggilan itu tanpa melihat nama pemanggil. Tersentak dia saat terdengar suara garau itu yang menghubunginya. Namun, dia masih mendengar apa yang dikatakan oleh ketuanya itu. Lalu dia melangkah ke destinasi seperti yang diarahkan oleh majikannya itu. Dalam hati berbakul-bakul sumpah seranahnya dihadiahkan pada majikannya itu. Bukan dia tidak tahu, majikannya itu sengaja mahu menguji kesabarannya. Sepanjang dia bekerja di syarikat milik bapa majikannya itu, sering kali dia diuji dengan karenah Encik Shahir yang kadang kala boleh mendatangkan migrain.


Pagi tu dirasakan sungguh nyaman ditambah dengan angin pagi yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Tidak sia-sia dia datang ke resort itu untuk menghadiri mesyuarat yang dikendalikan oleh syarikat ayahnya. Tambahan pula, mesyuarat kali ini turut disertai oleh Ayra Qhalissa, gadis yang mempunyai daya tarikan tersendiri bila dia berhadapan dengannya. ‘Sambil menyelam kita minum air.’ Bisik hati lelaki itu sambil tersenyum. Sedang dia menghirup udara pagi itu tiba-tiba dia terpandang seseorang yang amat dikenalinya tidak jauh dari tempat dia berdiri. ‘Wahh! Peluang keemasan ni, tidak boleh disia-siakan.’ Kata hatinya sambil tersenyum penuh makna. Lalu langkah kaki diatur mendekati gadis yang menjadi kegilaan ramai itu. Tidak dapat dibayangkan jika gadis itu sudah berpunya. Hancur musnah segala perancangan yang telah diatur rapi. Kali ini akan dipastikannya segala yang telah dirancang akan berjalan dengan lancar. Misinya untuk mencuri hati gadis itu bermula sejak diberitahu oleh ayahnya yang dia perlu ke resort untuk menghadiri satu mesyuarat penting dengan gadis itu.


Mereka bersarapan di kafe resort bersama-sama wakil syarikat lain yang turut serta dalam mesyuarat kali ini. Bagi Tengku Shahir Qayyum itu sesuatu yang normal bila dia perlu ke satu-satu tempat untuk menghadiri mesyuarat tapi tidak bagi Ayra Qhalissa. Dia berasa agak janggal berada bersama kumpulan orang kenamaan.
“Awak okay tak ni?” soal Shahir prihatin. Bagai tahu sahaja apa yang dirasai oleh gadis itu. Sebolehnya dia mahu gadis itu merasa selesa sepanjang mereka berada di resort itu. Takut Ayra Qhalissa bakal menolak untuk bekerja di luar daerah pada masa akan datang.
Ayra hanya menggelengkan kepala tanda tidak selesa. Malu mahu menjawab soalan yang diajukan. Takut dikatakan demand dengan bos sendiri.
“Kalau macam tu awak baliklah bilik dulu. Biar saya seorang saja yang bersarapan di sini dengan mereka semua. Tak elok pula kalau saya turut menghilangkan diri.” Tutur Shahir dengan penuh sopan. Seakan memujuk pula gayanya.
“Ehh, tak apa ke saya tinggalkan Encik Shahir seorang di sini? Rasa macam tak selesa pula biarkan Encik Shahir seorang yang berurusan dengan mereka ini. Nanti apa pula mereka kata.” Balas gadis itu sopan sambil berfikir mengapa Tengku Shahir Qayyum berubah watak secara tiba-tiba tidak lagi mengusiknya seperti selalu ‘Mungkin sebab ramai orang kat meja ni kut.’ Hatinya berkata-kata.
“Betul awak nak temankan saya bersarapan kat sini dengan mereka semua?” Shahir menginginkan kepastian dari mulut gadis itu.
Ayra Qhalissa menganggukkan kepalanya tanda dia bersetuju untuk berada di kafe itu bersama-sama yang lain. Shahir tersenyum sehingga menampakkan kedua lesung pipit di pipinya. Shahir hampa kerana Ayra Qhalissa tidak menjawab soalannya malah hanya menganggukkan sahaja kepalanya. Tapi apabila dia terpandangr seraut wajah manis itu rasa kecewanya serta-merta hilang. Tanpa mereka sedari perlakuan mereka diperhatikan oleh salah seorang wakil dari syarikat Megah Holdings. Hati lelakinya mengatakan mereka berdua mempunyai hubungan yang lebih dari seorang majikan dengan pekerja.

Thursday 18 July 2013

GIVE AWAY RAMADHAN BY EMAS PUTIH


Hadiah
Top Referral - RM50
84 Hadiah untuk dimenangi

Tarikh Mula 10 Julai 2013- 24 Julai 2013 (11:59pm)


Tuesday 9 July 2013

Ramadhan Datang Lagi!!

assalamualaikum!!

ahlan wasahlan ya Ramadhan!! :)

alhamdulillah masih lagi berpeluang merasa bulan Ramadhan tahun 2013..syukur alhamdulillah Ya Allah..thank you Allah..I love you Allah :)

esok 10/7/2013 bermula lah puasa Ramadhan bagi tahun ni..huhu agak sedih sb tak pernah hari first puasa jauh dari family..tahun lpas sempat lah jugak puasa hari first ngan second kat rumah..tahun ni..nampaknya tggu nak balik raya nanti lah baru berpeluang berpuasa, berbuka dan bersahur dengan family..huhu sedih!! T_T masuk tahun ni dah 14 tahun que berpuasa..alhamdulillah masih diberi peluang untuk memnunaikan tanggungjawab yg satu ni :D

bila tiba je bulan ramadhan ni..hati rasa sayu je..sb dua org yg paling que sayang selain dari ibu dah takde..tak dapat nak berpuasa dengan diorg berdua lagi dah..huhu rindunya pada ayahlong dengan chek :'( masuk tahun ni tahun yg ke 13 tak dapat berpuasa dan sambut raya dengan ayahlong..chek pulak tahun yg ke 7..

satu lagi..bila bulan puasa je ad satu kenangan yg memang que tak boleh dan takkan lupakan ialah.....................que jatuh longkang!! hahahahaha peristiwa tu 13 tahun yg lpas..means masa umur que 6 tahun..tulah padah tak dengar cakap ibu..masa tu kecik lagi, degil lagi mana nak dengar cakap..skali masa tengah syok syok main dengan adik tetibe que lari then jatuh dlam longkang..hahahaha dan kesannya sampai skarang ad kat dagu ni..kena jahit!! haha lpas pada tu tak main dah..jadi pendiam terus..hehe tapi yg lebih que ingat..ayahlong lah yg bawak que pgi klinik untuk jahit luka kat dagu ni..kenapa bukan ibu yg bawak?? sb ibu tak boleh tengok darah..lpas ibu tengok darah klua dengan banyak ibu pengsan..hehehe tapi sebelum ibu tengok darah tu adik dah bagitahu semua org yg que jatuh

"kakak jatuh!! dagu dy berdarah"

lebih kurang macam ni lah dialog dy..sb que ingat lagi yg ibu cakap adik bagitahu que jatuh and berdarah..tapi tak bagitahu que jatuh longkang..haha lpas pada tu stiap kali bulan puasa que akan teringat pada ayahlong..tambahan pulak ayahlong tu rapat sangat dengan que dari kecik lagi..and...........................................................tu ramadhan terakhir dengan ayahlong T_T

tahun tahun lpas tu que tak banyak kenangan pun..boleh dikatakan takde pun..sb que berpuasa macam biasa je..takde nak tipu tipu..hehehe

sampai sini sajalah entry que pada kali ni..next time kalau ad masa lagi que update kat korg ye?? 

may Allah SWT bless us abundantly <3

Saturday 6 July 2013

Sangat Blurrrr!!

assalamualaikum!!

malam ni nak update sikit pasal blog ni..rasa sedih je tengok follower..hahaha :D serious blurr gila dengan blog baru ni..hmmm nak buat acane?? terpaksa lah kan?? dah minat dalam dunia blog ni..tapi kadang kadang rasa rindu pada blog lama..huhu :)

hope kali ni takkan jadi lagi macam blog lama tu..

may Allah SWT bless us abundantly <3