Tuesday 27 August 2013

Bab 1 part 2

assalamualaikum!!
okay ni sambungan dari bab 1 yang que ad post dulu dulu dulu tu..hihi yang sebenarny malas nak post mengenai ape yg que create tu..but ni que share jugaklah sikit demi tak menghampakan korg korg semua :)

Usai solat subuh pagi itu, tiba-tiba dia teringat sebentar tadi telefon bimbitnya ada berbunyi menandakan ada pesanan yang masuk. Segera Ayra Qhalissa mendapatkan telefon bimbitnya yang terletak di atas meja sisi. Melihatkan nama pengirim membuatkan hatinya berlagu riang. Entah mengapa dia merasa begitu terhadap Encik Shahir. Padahal sebelum ini dia sangat anti dengan lelaki itu.
+Assalam, dah bgun? Jom teman saya jog. Jogging tepi pantai pagi-pagi best tau. Begitulah pesanan yang diterima dari ketuanya itu.
-W’salam,maaflh En Shahir saya tak bawa kasut sukan. Lagipun rasa malas pula nak keluar pagi-pagi ni.
+Alaa.. tak bestlah jogging sorang-sorang. Tak pe lah next time kita jogging sama-sama ye? Hampa Shahir saat dia membaca balasan pesanan yang dihantar oleh Ayra Qhalissa. Ternyata ajakannya tak berjaya untuk menemukannya dengan gadis manis itu.
Ayra Qhaliss hanya memandang sepi saja pada pesanan yang baru diterimanya. Tidak tahu mahu membalas apa. Tambahan pula, dia masih berfikir mengenai perubahan mendadak yang berlaku pada ketuanya itu. ‘Takkan factor usia kot? Dia tua 4 tahun je dari aku.’ Dia bermonolog sendiri. Masih mencari jawapan kepada soalannya yang semakin hari semakin memberat di kepala. Jika boleh digambarkan, mungkin sebuah tanda soal yang besar sudah terpapar di wajah manis itu saat Tengku Shahir Qayyum mula berubah watak.

Sunday 18 August 2013

Raya 2013

assalamualaikumn!!

rasanya belum terlambat lagi untuk que ucapkan selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir & batin :D
sorry lambat wish..que lupa sangat pasal blog ni masa cuti raya hari tu..hewhewhew plus dalam mood raya lagi jadi semua benda tertangguh sb nak beraya punya pasal..lalala~

so..macam mana raya tahun ni?? best?? tak best?? happy?? sedih?? kalau nak bercerita pasal que punya raya tahun ni takde lah best mana sb  mula plan satu family pakai warna turquoise(lantaklah ejaan dy) tapi last minit tuka jadi wane putih :'( sedih kot..huhuhu





 ni masa first day raya..dari atas tu que dengan ibu tersayang and yg last ni auntie dengan ibu..













ni pulak sepanjang hari raya kedua.. :D

















okay yg ni pulak sepanjang raya ke 3..masa ni ibu tersayang ajak balik kampung tok abah(ayah ibu)

stakat ni jelah gambar raya que..kalau nak letak semua..rasany korg pun tak sanggup nak tengok..haha banyak sangat :D

may Allah SWT bless us abundantly <3


Friday 2 August 2013

How To Follow

assalamualaikum!!

entry kali ni tak panjang pun..tak de rasa nak membebel pulak malam ni..huhu btw tadi que ad post cerita yg que sendiri create..actually dah setahun jugaklah que create tapi masa tu tak terfikir pulak nak serious..lpas mummy a.k.a lecturer a.k.a mentor que iaitu Madam Zarmila cakap "kalau kita nakkan sesuatu kita akan work hard for it" jadi que pun mula tulis balik cerita tu..plus mummy pun ad jugak create story..huhu korg boleh follow blog mummy  fromzarmilamind.blogspot.com but yg que post ni yg paling latest..not really my experience but I try to feel what people out there feel when "the unpredictable things" happen..so que harap korang enjoy baca..ni baru bab 1..bab yg seterusnya dalam proses

okay back to topic yg sebenar..kalau korg yg perasan blog que ni susah sikit org nak folow..so ni cara dy..


okay kat korg punya dashboard tu ad kan benda alah tu..jadi kalau nak follow blog que korg just tekan ADD then korg copy link blog que qurratulpunyacherita.blogspot.com 

okay hope korg enjoy dengan membaca ye?? :D

may Allah SWT bless us abundantly <3

Bab 1

Suasana pagi di resort yang didiaminya itu dirasakan berbeza sekali. Dia membiarkan angin pagi bertiup menyapa wajahnya. Tidak pernah seumur hidupnya terfikir akan menginap di resort yang mewah seperti itu. Setakat pegawai bawahan macam dia mana mampu untuk menginap di resort yang harganya mencecah RM700 satu malam. Harga bilik itu sama dengan jumlah perbelanjaannya selama sebulan. Lebih baik duit sebanyak itu disimpan atau paling tidak pun bagi adik-adik buat belanja di universiti. Zaman sekarang ni semua perkara memerlukan duit.
“Buat apa tu? Jauh termenung, teringatkan boyfriend ke?” sapa satu suara yang tidak asing lagi dipendengaran gadis manis itu. Lalu dia menoleh ke belakang untuk memastikan tekaannya tepat.
“Waalaikumussalam, kalau teringat pun kenapa? Ada masalah dengan Encik Shahir ke?” balas gadis itu tanpa rasa takut pada majikannya itu. ‘Encik Shahir ni memang tak boleh tengok aku senang. Ada je dia kat mana aku pergi.’ Kata-kata itu hanya mampu dituturkannya di dalam hati. Tidak berani untuk meluahkan kepada ketua juga merangkap majikannya itu.
Erkk.. tak ada masalah pun. Saja tanya, mana tahu kut teringat ke?” balas lelaki itu sambil tersenyum menampakkan kedua-dua lesung pipitnya serta gigi yang tersusun rapi.
Gadis itu terus melangkah tanpa menghiraukan kata-kata majikannya itu. Langkah kaki diatur tanpa tahu arah tujuan. Akhirnya, dia memutuskan untuk pulang ke bilik. ‘Lebih baik aku pulang saja ke bilik. Sudah tentu-tentulah Encik Shahir tak kacau.’ Bisiknya dalam hati.
Sesampainya di hadapan pintu bilik, telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk. Lantas dia menjawab panggilan itu tanpa melihat nama pemanggil. Tersentak dia saat terdengar suara garau itu yang menghubunginya. Namun, dia masih mendengar apa yang dikatakan oleh ketuanya itu. Lalu dia melangkah ke destinasi seperti yang diarahkan oleh majikannya itu. Dalam hati berbakul-bakul sumpah seranahnya dihadiahkan pada majikannya itu. Bukan dia tidak tahu, majikannya itu sengaja mahu menguji kesabarannya. Sepanjang dia bekerja di syarikat milik bapa majikannya itu, sering kali dia diuji dengan karenah Encik Shahir yang kadang kala boleh mendatangkan migrain.


Pagi tu dirasakan sungguh nyaman ditambah dengan angin pagi yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Tidak sia-sia dia datang ke resort itu untuk menghadiri mesyuarat yang dikendalikan oleh syarikat ayahnya. Tambahan pula, mesyuarat kali ini turut disertai oleh Ayra Qhalissa, gadis yang mempunyai daya tarikan tersendiri bila dia berhadapan dengannya. ‘Sambil menyelam kita minum air.’ Bisik hati lelaki itu sambil tersenyum. Sedang dia menghirup udara pagi itu tiba-tiba dia terpandang seseorang yang amat dikenalinya tidak jauh dari tempat dia berdiri. ‘Wahh! Peluang keemasan ni, tidak boleh disia-siakan.’ Kata hatinya sambil tersenyum penuh makna. Lalu langkah kaki diatur mendekati gadis yang menjadi kegilaan ramai itu. Tidak dapat dibayangkan jika gadis itu sudah berpunya. Hancur musnah segala perancangan yang telah diatur rapi. Kali ini akan dipastikannya segala yang telah dirancang akan berjalan dengan lancar. Misinya untuk mencuri hati gadis itu bermula sejak diberitahu oleh ayahnya yang dia perlu ke resort untuk menghadiri satu mesyuarat penting dengan gadis itu.


Mereka bersarapan di kafe resort bersama-sama wakil syarikat lain yang turut serta dalam mesyuarat kali ini. Bagi Tengku Shahir Qayyum itu sesuatu yang normal bila dia perlu ke satu-satu tempat untuk menghadiri mesyuarat tapi tidak bagi Ayra Qhalissa. Dia berasa agak janggal berada bersama kumpulan orang kenamaan.
“Awak okay tak ni?” soal Shahir prihatin. Bagai tahu sahaja apa yang dirasai oleh gadis itu. Sebolehnya dia mahu gadis itu merasa selesa sepanjang mereka berada di resort itu. Takut Ayra Qhalissa bakal menolak untuk bekerja di luar daerah pada masa akan datang.
Ayra hanya menggelengkan kepala tanda tidak selesa. Malu mahu menjawab soalan yang diajukan. Takut dikatakan demand dengan bos sendiri.
“Kalau macam tu awak baliklah bilik dulu. Biar saya seorang saja yang bersarapan di sini dengan mereka semua. Tak elok pula kalau saya turut menghilangkan diri.” Tutur Shahir dengan penuh sopan. Seakan memujuk pula gayanya.
“Ehh, tak apa ke saya tinggalkan Encik Shahir seorang di sini? Rasa macam tak selesa pula biarkan Encik Shahir seorang yang berurusan dengan mereka ini. Nanti apa pula mereka kata.” Balas gadis itu sopan sambil berfikir mengapa Tengku Shahir Qayyum berubah watak secara tiba-tiba tidak lagi mengusiknya seperti selalu ‘Mungkin sebab ramai orang kat meja ni kut.’ Hatinya berkata-kata.
“Betul awak nak temankan saya bersarapan kat sini dengan mereka semua?” Shahir menginginkan kepastian dari mulut gadis itu.
Ayra Qhalissa menganggukkan kepalanya tanda dia bersetuju untuk berada di kafe itu bersama-sama yang lain. Shahir tersenyum sehingga menampakkan kedua lesung pipit di pipinya. Shahir hampa kerana Ayra Qhalissa tidak menjawab soalannya malah hanya menganggukkan sahaja kepalanya. Tapi apabila dia terpandangr seraut wajah manis itu rasa kecewanya serta-merta hilang. Tanpa mereka sedari perlakuan mereka diperhatikan oleh salah seorang wakil dari syarikat Megah Holdings. Hati lelakinya mengatakan mereka berdua mempunyai hubungan yang lebih dari seorang majikan dengan pekerja.

Thursday 18 July 2013

GIVE AWAY RAMADHAN BY EMAS PUTIH


Hadiah
Top Referral - RM50
84 Hadiah untuk dimenangi

Tarikh Mula 10 Julai 2013- 24 Julai 2013 (11:59pm)


Tuesday 9 July 2013

Ramadhan Datang Lagi!!

assalamualaikum!!

ahlan wasahlan ya Ramadhan!! :)

alhamdulillah masih lagi berpeluang merasa bulan Ramadhan tahun 2013..syukur alhamdulillah Ya Allah..thank you Allah..I love you Allah :)

esok 10/7/2013 bermula lah puasa Ramadhan bagi tahun ni..huhu agak sedih sb tak pernah hari first puasa jauh dari family..tahun lpas sempat lah jugak puasa hari first ngan second kat rumah..tahun ni..nampaknya tggu nak balik raya nanti lah baru berpeluang berpuasa, berbuka dan bersahur dengan family..huhu sedih!! T_T masuk tahun ni dah 14 tahun que berpuasa..alhamdulillah masih diberi peluang untuk memnunaikan tanggungjawab yg satu ni :D

bila tiba je bulan ramadhan ni..hati rasa sayu je..sb dua org yg paling que sayang selain dari ibu dah takde..tak dapat nak berpuasa dengan diorg berdua lagi dah..huhu rindunya pada ayahlong dengan chek :'( masuk tahun ni tahun yg ke 13 tak dapat berpuasa dan sambut raya dengan ayahlong..chek pulak tahun yg ke 7..

satu lagi..bila bulan puasa je ad satu kenangan yg memang que tak boleh dan takkan lupakan ialah.....................que jatuh longkang!! hahahahaha peristiwa tu 13 tahun yg lpas..means masa umur que 6 tahun..tulah padah tak dengar cakap ibu..masa tu kecik lagi, degil lagi mana nak dengar cakap..skali masa tengah syok syok main dengan adik tetibe que lari then jatuh dlam longkang..hahahaha dan kesannya sampai skarang ad kat dagu ni..kena jahit!! haha lpas pada tu tak main dah..jadi pendiam terus..hehe tapi yg lebih que ingat..ayahlong lah yg bawak que pgi klinik untuk jahit luka kat dagu ni..kenapa bukan ibu yg bawak?? sb ibu tak boleh tengok darah..lpas ibu tengok darah klua dengan banyak ibu pengsan..hehehe tapi sebelum ibu tengok darah tu adik dah bagitahu semua org yg que jatuh

"kakak jatuh!! dagu dy berdarah"

lebih kurang macam ni lah dialog dy..sb que ingat lagi yg ibu cakap adik bagitahu que jatuh and berdarah..tapi tak bagitahu que jatuh longkang..haha lpas pada tu stiap kali bulan puasa que akan teringat pada ayahlong..tambahan pulak ayahlong tu rapat sangat dengan que dari kecik lagi..and...........................................................tu ramadhan terakhir dengan ayahlong T_T

tahun tahun lpas tu que tak banyak kenangan pun..boleh dikatakan takde pun..sb que berpuasa macam biasa je..takde nak tipu tipu..hehehe

sampai sini sajalah entry que pada kali ni..next time kalau ad masa lagi que update kat korg ye?? 

may Allah SWT bless us abundantly <3

Saturday 6 July 2013

Sangat Blurrrr!!

assalamualaikum!!

malam ni nak update sikit pasal blog ni..rasa sedih je tengok follower..hahaha :D serious blurr gila dengan blog baru ni..hmmm nak buat acane?? terpaksa lah kan?? dah minat dalam dunia blog ni..tapi kadang kadang rasa rindu pada blog lama..huhu :)

hope kali ni takkan jadi lagi macam blog lama tu..

may Allah SWT bless us abundantly <3

Friday 5 July 2013

Semester 3 @ Senior !!

assalamualaikum!! :)

hari ni que tak update banyak..just nak share yg que dah masuk sem balik..hoho maknany dah sem 3!! dah jadi senior lah!! hahahaha trlebih excited pulak kan?? 

que masih tinggal di hostel..for me banyak kebaikan duk hostel even kau malas blaja pun..haaa.....nak tahu ape  kebaikan dy??

  1. jimat blanja bulanan!! (takyah lah parents korg bank in duit banyak banyak..untuk makan cukuplah..kann??)
  2. in shaa Allah tak trlibat dalam masalah sosial..(means potensi untuk kauorg jadi trlebih sosial tu kurang/rendah)
  3. slaluny yg jadi outsider ni transport sendiri..melainkan rumah sewa dy tu sebelah kampus dy..jadi bagi yg duk kat hostel/asrama/kamsis transport selaluny disediakan..kan dah jimat kat situ..takde lah kauorg sibuk nak kutip duit dari kengkawan yg "gunakan" perkhidmatan kauorg tu untuk isi minyak..
  4. lebih selamat..yg mana duk rumah sewa tu tanggungjawab sendiri..yg duk hostel/asrama/kamsis dah confirm confirm lah awak tu dijaga dan dikawal dengan rapi oleh felo/warden/guard yg ditugaskan di hostel/asrama/kamsis korg
haaaa..yg tu jelah yg dapat que share dengan kauorg semua..sbenany ad lagi..tapi korg fikir lah sendiri ye?? hahaha

smalam dah kemas semua barang kat bilik hostel..hari ni que daftar kat kolej..isnin baru daftar kelas..hoho!! que azam sem ni nak dapatkan COPA..COPA tu sbenany DL..kat KPM kitorg panggil COPA..adalah sb sb dy kenapa panggil COPA :)

rasany sampai sini jelah kot entry que kali ni..in shaa Allah que akan update entry baru lagi..

may Allah SWT bless us abundantly <3

Wednesday 3 July 2013

All In One!!

assalamualaikum!!

last entry que ni lebih kurang sebulan yg lpas..huh!! lama jugak tak update blog..jangan cakap update jenguk pun idak..haha agak busy sikit even tengah semester break..tapi esok dah masuk sem baru!! hoho :D excitedny..

okay!! balik pada topik di atas..kali ni que akan share cite selama que tak update blog ni..lpas hbis paper hari tu que terus balik rumah..tak tggu ape ape lagi dah..hahah!! seminggu lpas tu ibu buat kenduri sikit..jadi busy dengan persiapan kenduri lah..bayangkan lah kenduri kesyukuran je pun ibu buat tapi ibu suh ayah pasang 2 3 buah khemah..agakny kalau que kawin nanti mau 10 buah khemah kan?? hahaha

seminggu lpas kenduri tu pulak birthday que..tak celebrate pun sb masa tu que kena pgi dengar ceramah 6 jam..untuk ambik lesen lah!! haha ;) lpas seminggu baru que ambik test..kebetulan hari tu jugak si kembar (adik) daftar poli..que tak dapat ikut dy pagi tu..huhu sadis!! T_T tapi lpas que hbis test que ikut ibu pgi beli barang sikit..then masa tu kebetulan trjumpa kembar..que pun ambik lah peluang tu untuk mengekor..haha sb kesian kat dorg..kena pisah..

petang tu lpas hantar adik balik kamsis dy ibu and mama(kakak ibu) plan nak balik rumah chek..saja nak kemas kemas ape yg patut kat rumah chek tu..almaklumlah dah 7 tahun chek meninggal..jadi rumah tu pun ditinggalkan lah..





keesokan hari pulak que pgi kamsis adik..saja melawat dy.. and ni gambar sebelum kitorg balik


que macam biasalah..busy dengan handphone..kalah perdana menteri..wkwkwkw >.<


okay!! setakat ni je gambar untuk entry kali ni..hahahaha sb lpas tu que busy dengan klas memandu..and hari ni..tanggal 3 Julai 2013 que pgi hantar kembar (kakak) pulak ke Kolej Profesional Mara Beranang (KPMB) huhu kakak tak jadi masuk Kolej Baitulmal tu sb rayuan dy diterima untuk masuk ke KPMB ni..kesian tengok muka dy tadi sebelum que balik..macam nak nangis je tapi dy tahan..mungkin sb tak pernah brpisah dengan family..tapi yg paling utama dy dah tak sama tempat dengan adik kembar dy..sedihny kalau que yg berada di tempat diorg brdua..tak tahu nak cakap macam mana perasaan tu..tapi..kakak dengan adik belajar rajin rajin ye?? ayong sentiasa ad kalau korg perlukan prtolongan :)

last but not least..stakat ni jelah entry que kali ni.. in shaa Allah que akan update lagi pada masa akan datang..

May Allah Bless us Abundantly :D

Wednesday 22 May 2013

Ucapan Terima Kasih Atau Luahan Hati??

assalamualaikum!!

malam ni que tak de banyak benda nak dicakapkan..just nak share sikit dengan korg semua..sepanjang que blaja kat KPM ni que dapat kenal ramai kawan..so......bila dah berkawan tentulah pelbagai ragam yg que dapat tengok..

sampai sem 2 ni que masih mengenali kawan kawan dengan lebih dalam..makan masa untuk cari yg betul betul sesuai dengan jiwa ini..lalala~ okay dah jauh menyimpang..hmm

que sebenarny nak ucapkan terima kasih banyak banyak kat Atir sb dy dah banyak tolong que sepanjang study kat Melaka..lpas lpas ni confirm akan mintak tolong lagi..huhu nasiblah :P okay!! sb ape que update semata mata nak ucapkan terima kasih?? sb dy org pertama yg bagi nasihat pada que and que ikut nasihat dy tu..haha tolong jangan kembang ye Atir!! 

sebelum ni ad je yg bagi nasihat..ramai pulak tu..and adviser tetap que adalah ibu!! tapi.....que ni bukan jenis dengar nasihat sangat..mana yg que rasa nak ikut tu que ikut..kalau tak, que bia je nasihat tu berlalu macam air..huhu tapi tak tahulah kenapa..bape hari lpas que ad share something dengan Atir..actually just nak share je cite tu sb rasa berat sangat nak simpan sensorg..so que pilih untuk share dengan Atir..I don't know why Atir, padahal before ni tak pernah pun share cite ngan dy..and nasib que baik sb dy layan je cite que tu..haha nampak sangat dy tengah borink kann?? ;D

okay lpas dah hbis cite dy pun mula bagi nasihat..and que ikut je nasihat dy tu..alah, benda mudah ikut jelah..banyak cakap pulak kann?? dah mintak nasihat dengar jelah kan?? tapi tak tahu macam mana, que boleh ikut nasihat dy tu..haha rasa macam baik je ikut nasihat org =,=' *erkk!!

tapi...setiap ape yg kita buat ad pro and cons..bila que ikut nasihat yg diberi, hari ni que dah nampak pro and cons dy..hmm takpe lah bersabar sajalah selagi boleh..agak agak dah tak boleh nak tanggung sendiri ngadu lagi kat Atir..sape suruh dy yg bagi nasihat?? k tak lawak =.=

in shaa Allah ad hikmah atas ape yg berlaku kan?? maybe harini que susah "org" tu buat tak reti je..mana tahu kot esok lusa hari dy pulakkan?? kita tak tahu ape akan jadi pada masa akan datang..hidup tak sentiasa berada di atas, satu hari nanti akan jatuh jugak..masa tu que tak rasa que akan gelak kan org tu, sb dy kawan baik que takkan que nak buat macam tu?? tambah lagi dy banyak tolong que slama ni..

may Allah bless us abundantly <3

Monday 20 May 2013

What Happen To The Twins??!

assalamualaikum!!

huhu hari ni dengan rasminy bermulalah cuti sem que..heaven jugaklah sb tak yah bangun pagi, berebut bilik air dengan roomates, tggu bas, tggu semua org naik bas, pgi kolej, semualah yg berkaitan..huhu

tapi.......ad satu perkara yg mendebarkan..R.E.S.U.L.T!!!! huhu in shaa Allah dalam bulan depan dapat lah result untuk sem ni..pass ke, kena repeat ke, kena DTP ke..semua tu lpas dapat result nanti baru tahu..hmm hope que bukan antara nama yg kena repeat and DTP..tak nakk!! seksa woo duk lama lama kat melaka tu..jauh dengan ibu..heee :D

dah jauh menyimpang ni..okay back to topic!! What Happen To The Twins??! haaa kalau nak tahu..twins tu cousin que..but que tak pernah anggap dorg cousin pun sb que slalu cakap yg dorg ni adik adik que..huhu baik tak que?? *mohon muntah sekarang!! okay tak lawak..sambung balik cite kita tadi..twins ni rapat sangat dengan que..susah senang dengan dorg lah dari kecik..tak pernah pisah lama lama..means tak pernah lagi duduk brjauhan..tapi......skarang ni dorg dah pun hbis SPM and dah dapat offer dah pun..yg kakak maybe akan masuk kolej baitulmal kat KL yg adik pulak akan masuk Politeknik Ungku Omar (PUO) kat Ipoh..huhu macam mana lah lpas ni kan?? mesti dah jarang jumpa..sedihnya :'( huhu


ni lah adik adik que yg que cakap tadi..yg tudung pink tu kakak yg hijau tu pulak adik..shomelkan dorg dua ni?? and kalau korg nak tahu dorg berdua ni pakai spec tau..tapi adik jarang pakai..dy macam que, pakai spec time nak study je..huhu



haaaa yg gambar dua atas ni pulak time kitorg ad family dinner on new years night..huhu tak plan pun nak pakai baju Malaysia..tak tahu pulak lah kalau twins ni plan pulakkan?? :)

lpas ni dah jarang jumpa..tak tahulah macam mana pulak kan?? dari kecik bersama sampai sekarang..tup tup kena pisah..kalau ikutkan sebenarny twins ni apply KPMBM..tapi adik je yg dapat kakak tak dapat tapi.............adik tak dapat kat Bandar Melaka dy dapat kat Seri Iskandar, memang tak lah dy nak pgi..jauh terperosok dalam hutan kolej tu..haha tak nak kawan dengan monyet lah tuu!! :P

kakak pulak tak dapat then dy buat rayuan..nak masuk jugak sama dengan que..cuma buat sementara waktu ni dy masuk dulu kolej baitulmal..mama dy cakap prepare je dulu takut lpas ni tak dapat offer lagi dah..

may Allah SWT bless us abundantly <3

ADIOS!!

Friday 17 May 2013

Syukur Alhamdulillah!! Thank you Allah!! I Love You Allah!!

assalamualaikum!!

hari ni que nak share sikit pasal hari rabu hari tu (8May2013)..haa nak tahu kenapa dengan hari tu??

hari tu lah ibu que accident..pagi tu ibu nak hnatar adik que pgi skolah as usual..tak tahulah kenapa hari tu tetibe ad sorg hamba Allah ni dah lambat nak pgi keja then dy pun terus klua dari simpang tu tanpa lihat kiri kanan and terus BAAAAMM!! (kalau dah tak tengok kiri kanan means tak berhenti lah kan kat simpang tu)

okay lpas pelanggaran tu keta ibu terus terbalik and melambung ke seberang jalan then melambung sekali lagi balik pada jalan yg sepatutnya ibu tuju..errr faham tak ape yg que cakap ni?? it means keta ibu melambung ke jalan bertentangan dan melambung buat kali kedua balik pada jalan yg sepatutnya..kalau tak faham jugak korg try lah sendiri erk?? k tak lawak..




pada masa kejadian

  
selepas ibu and adik klua dari keta..


selepas ibu klua..


ni pulak keadaan kereta yg langgar ibu




itu sajalah yg que nak share dengan korg semua..tapi sebelum tu..korg mesti tertanya kan macam mana keadaan ibu que??

haaaaaaaaaaaaa!! 


ni lah keadaan ibu!! tak de cedera sikit pun..syukur sangat sangat..adik que pulak...hmmmm....


Allah juga melindungi satu satuny adik lelaki que..syukur sangat sangat..

sebenarny que pun baru tahu pasal ibu accident ni..ibu tak nak bagitahu que awal awal sb que tengah final plus ibu pun tak de cedera ape ape ibu cakap..tapi que still rasa sedih sb ibu kerap bertanya "ape kakak nak buat kalau masa tu ibu dah tak de??" errrr mau meleleh air mata ni..tapi que tahan je..sb tak nak tunjuk pada ibu..tapi..........dalam hati que cakap kalau jadi ape ape pada ibu que akan call Atir and mintak dy hantar que balik Ipoh masa tu jugak..tak kiralah tengah malam ke ape ke..tu tekad que dalam hati kalau benda tak diingini jadi masa ibu accident tu..

sampai harini ibu masih brcerita pasal accident tu..supaya kitorg adik beradik saling membantu and tak bermasam muka..

seluruh BSN Perak, ahli kluarga sbelah ibu, ayah, seluruh penduduk kawasan perumahan dan seluruh warga St. Michael Institution Ipoh tahu mengenai kejadian tu..sb masa kejadian tu awal pagi and org ramai hantar anak memasing pgi skolah..

stakat ni jelah que kongsikan ape yg brlaku pada ibu que..hope ia jadi pengajaran buat semua

p/s : 1June 2013 jemput datang ke rumah que..ibu ad buat kenduri kesyukuran..boleh email farrahsheera@yahoo.com untuk dapatkan alamat rumah que ;)

ADIOS!!

Friday 10 May 2013

Apa Sudah Jadi??!

assalamualaikum!!

sebelum que nak cite ape yg berkenaan dengan topic kat atas tu meh dengar lagu ni dulu ;D


tahu kenapa que letak lagu/video ni?? sb que minat sangaaaaatttttttttt lagu ni..huhu :D dulu que cukup tak suka kpop..tapi skarang ni tak de lah que minat sangat dengan kpop ni..ad certain lagu je yg que minat..and lagu Monster ni antara lagu yg que minat..

lagi satu, que suka sangat dengan lagu ni sb tak jemu bila dengar..que slalu dengar lagu ni ulang ulang, tak jemu pun..sb slalu ny que ni jenis cepat bosan dengan sesuatu benda tapi bila dengar lagu ni tak de pun rasa bosan..

selain tu, cite cite korea pun que tak berape minat walaupun que minat sangat dengan cite Boys Over Flower..tu cite korea yg first que layan dari mula sampai habis :) sbelum ni ad jugak que layan Jewel In The Palace tapi tak de lah pulak que layan macam cite BOF tu..heee :D skarang ni que dalam proses cari balik dua cite ni..huhu sampai kawan kawan rumah pun mintak episod cite cite ni yg que dah download..see?? pengaruh cerita korea dari que :D

so kesimpulannya apa sudah jadi pada que?? =,='

ADIOS!!

Thursday 9 May 2013

Say No To Teman Pengganti!!

assalamualaikum!! :)

*fuhhh *fuhhhh (tiup habuk tiup sesawang yg ad) rasany dah lama que tak update ape ape kan?? semua ny berpunca selepas blog lama que kena hack..tapi..jangan risau que still akan menulis blog walaupun dah tak de rasa untuk aktif dalam dunia blog ni lagi dah..huhu :) 

hari ni que nak share sikit something dengan korg korg semua..seperti yg korg tahu que ni kan jenis banyak cakap dengan org yg kenal que but org yg tak kenal akan cakap que ni sombong..hmm que tak sombonglah sebenany cuma que ni pemalu..huhu *tangan kat bahu mata ke atas (ayat Mus) rindunya pada dy :'( lama tak sembang, tak share story, tak macam macam lagi lah yg sama waktu dengannya..

que rasa que dengan Mus skarang ni semakin renggang..maybe sb kitorg dah jarang contact sb memasing busy dengan klas, assignment, final, bla bla bla..atau que je yg rasa macam tu?? hmm tak tahulah..hope hanya que saja yg brfikir macam tu

nak tahu kenapa que ni sayang sangat pada Mus?? I mean sayang as a friend, a good friend..sb.....meh check list kat bawah ni kenapa que sayaaaaaaannnngggggg sangat pada si Mus tu ;)

  1. seorg kawan yg sangat SUPPORTIVE
  2. seorg kawan yg sangat MEMAHAMI
  3. seorg kawan yg sangat BAIK HATI
  4. seorg kawan yg sangat GILA GILA (satu kepala dengan que)
  5. seorg kawan yg sangat SUSAH UNTUK DICARI ( its means that there's no person/friend like him in this world)
  6. seorg kawan yg sangat.................................................................


macam macam lagilah sifat yg baik yg ad pada Mus yg tak que ceritakan pada org lain..he is very special to me..sometimes dy boleh bagi nasihat pada que macam yg ibu slalu buat..see?? that's why que cakap dy ni special pada que..and dy pernah cakap  "FRIEND TILL JANNAH"

plus..otak dy ni lebih kurang je dengan que..gila gila punya otak..haha kadang kadang kalau sembang dengan dy kalau ad benda yg que rasa tak suka terus jadi suka..nak tahu kenapa?? sb dy ni jenis yg bila org nak marah terus tak jadi marah..itulah Mus :)

so dah faham ape maksud tajuk post que tu?? :)

sampai sini saja que punya cherita..next time que akan share lagi ye?? :)

ADIOS!! 


Wednesday 17 April 2013

Buat Perangai

assalamualaikum!!

hari ni que ad story nak share dengan korg semua..huhu baru baru ni que balik Ipoh sb cuti melaka..kebetulan pulak hari jumaat lecturer tak de jadi kitorg satu klas balik hari khamis lpas klas..

memang heaven sangatlah kan dapat balik awal sehari lpas tu cuti pulak lebih sehari..que sampai Ipoh dalam pukul 1 pagi then sampai je kat Terminal Amanjaya tu Ibu terus call bagi arahan turun ikut tangga sekian sekian Ibu ad kat kaunter tiket bawah ni..

then dengan tak sabar sabar ny que pun tercari cari tangga tu bila dah jumpa seronok sangat dapat lagi peluang jumpa dengan Ibu..dapat salam Ibu, peluk cium Ibu kat situ jugak lah cite dy..hewhewhew~

hari jumaat tu memang hbiskan masa kat rumah jelah..then sabtu pulak mama (kakak Ibu) datang..sb nak beli rumah kat Ipoh, then petang tu Ibu klua ngan mama nak beli barang nak buat laksa (makanan wajib stiap kali que balik Ipoh :D) dalam masa yg sama Ibu nak beli tiket untuk que skali..tapi........

sampai je Ibu kat rumah Ibu cakap "kakak..tiket balik Melaka dah hbis esok kakak kena ikut mama balik putrajaya" que pun mulany rasa hampa jugaklah sb tak dapat spent masa dengan Ibu..tapi nak buat cemana kan?? dah tak de takkan nak suh org tu cetak lain??

jadi hari ahad tu que pun ikutlah mama balik putrajaya..sampai je kat sana macam biasalah laptop dulu yg que cari..lpas tu join adik adik kembar online..memang online macam esok tu que cuti je lagi lah cite dy :D lpas tu tido pun bape jam je..keesokan hari ny que bangun awal jugaklah..sb slama que kena balik Melaka dari putrajaya kali ni que bangun awal..haha buruk tak buruk perangai aku?? ni anak dara ke anak teruna pun tak tahulah..mungkin masa lahir dulu tertukar jantina kot..errrrr okay tak lawak!!

then pagi tu que dah start bising bising tak nak balik..tak nak balik..tapi si kembar pujuk jugak suh balik..

"ayong nak final dah kan?? baliklah dulu nanti lpas hbis paper boleh balik sini lagi"

lebih kurang macam ni lah ayat si kakak..tapi still tak bagi kesan pada que..sampailah que buat buat siap lambat..boleh pulak main print print assignment lagi..huhu lpas tu gelabah tudung tak iron lagi..hahaha adik adik dah mula bukak tazkirah tapi que buat tak reti je..que masuk bilik adik sdara que yg form 3 tu (adik kepada si kembar) then que rembat shawl dy..huahuahua kuang ajar kan?? korg jangan ikut perangai que ni 

lpas iron shawl tu bermulalah misi lilit lilit shawl..

errrr sorry!! tak boleh upload gambar budak gedik yg tak nak balik Melaka tu..tak tahu kenapa hmmm :/ sabar jelah..huhuhu

sampai sini saja coretan que kali ni..moga bertemu di entry yg lain..

ADIOS!! 

Sunday 14 April 2013

New Blog!! New Entry!!

assalamualaikum!!

huhu ni blog baru..yg lama quesbedtimestory.blogspot.com ni tak de dah..
 dah delete..sb ape?? huhuhuhuhu

ad lah!! rahsia!! hoho :D

ADIOS!!