Tuesday 27 August 2013

Bab 1 part 2

assalamualaikum!!
okay ni sambungan dari bab 1 yang que ad post dulu dulu dulu tu..hihi yang sebenarny malas nak post mengenai ape yg que create tu..but ni que share jugaklah sikit demi tak menghampakan korg korg semua :)

Usai solat subuh pagi itu, tiba-tiba dia teringat sebentar tadi telefon bimbitnya ada berbunyi menandakan ada pesanan yang masuk. Segera Ayra Qhalissa mendapatkan telefon bimbitnya yang terletak di atas meja sisi. Melihatkan nama pengirim membuatkan hatinya berlagu riang. Entah mengapa dia merasa begitu terhadap Encik Shahir. Padahal sebelum ini dia sangat anti dengan lelaki itu.
+Assalam, dah bgun? Jom teman saya jog. Jogging tepi pantai pagi-pagi best tau. Begitulah pesanan yang diterima dari ketuanya itu.
-W’salam,maaflh En Shahir saya tak bawa kasut sukan. Lagipun rasa malas pula nak keluar pagi-pagi ni.
+Alaa.. tak bestlah jogging sorang-sorang. Tak pe lah next time kita jogging sama-sama ye? Hampa Shahir saat dia membaca balasan pesanan yang dihantar oleh Ayra Qhalissa. Ternyata ajakannya tak berjaya untuk menemukannya dengan gadis manis itu.
Ayra Qhaliss hanya memandang sepi saja pada pesanan yang baru diterimanya. Tidak tahu mahu membalas apa. Tambahan pula, dia masih berfikir mengenai perubahan mendadak yang berlaku pada ketuanya itu. ‘Takkan factor usia kot? Dia tua 4 tahun je dari aku.’ Dia bermonolog sendiri. Masih mencari jawapan kepada soalannya yang semakin hari semakin memberat di kepala. Jika boleh digambarkan, mungkin sebuah tanda soal yang besar sudah terpapar di wajah manis itu saat Tengku Shahir Qayyum mula berubah watak.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.